Bengkel Protokol Majlis anjuran Unit Latihan dan Kepimpinan Islam (ULK), di bawah nama Program Pemantapan DUAT (PEMANDU), Biro Dakwah dan Tarbiah. Diadakan pada 25 Jun 2009 di Rumah Perak Sementara.
Ketiga-tiga cahaya mata KPIPM. Seorang dilahirkan di Kaherah, dan dua lagi di Iskandariah. Semoga mereka bertiga menjadi pewaris agama Allah SWT, dan menjadi pejuang ilmu.
Sempena cahaya mata bagi Us Halim. Ziarah pada 2 Januari, pada Hari Jumaat di rumah beliau. KPIPM mengucapkan tahniah kepada beliau atas anugerah tersebut
Majlis Tahnik Affaf binti Mohd Khairi yang berlansung pada 17 Jun, di rumahnya, secara kecil-kecilan. Majlis bermula pada jam 10.40 dan dihadiri seramai 18 orang. Ia berakhir tengahari itu.
Rabi' Camp 09 adalah program Separa Mega yang melibatkan ikhwah sahaja. Ia digabungkan dengan Piala KPIPM. Program ini diadakan di Mukhayyam Daim pada 20 dan 21 Mac
MESEJ '09 adalah program gabungan di antara Jaulah AJKT dan Muhasabah Separuh Penggal. Pada tahun ini, ia diadakan pada 15-19 Mac. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan di beberapa cawangan.
DUAT adalah unit di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah, yang bertindak sebagai pelatih dan pengkaderan ahli. Antara gerak kerja yang telah dibuat ialah Latihan Forum yang diadakan pada 23 Mac. Kemudian disusuli dengan Bengkal pada 29 Mac.