Saturday, September 26, 2009

SEKITAR MALAM GEMILANG 2009 / 2010 - 22 SEPTEMBER

Sekitar Majlis Kesyukuran Dan Anugerah Cemerlang KPIPM sesi 2009 / 2010.Majlis yang diadakan di Wisma Darul Ridzuan A mendapat sambutan yang menggalakan samada dari mahasiswa cemerlang mahupun graduan.

Thursday, July 30, 2009

PERPINDAHAN KE WISMA DARUL RIDZUAN - 30 JULAI


Aktiviti mengangkat barang pada 30 Julai merupakan peringkat pertama perpindahan ke Wisma Darul Ridzuan yang baru sahaja siap diperbaharui. Proses perpindahan peringkat pertama ini telah bermula pada jam 9.30 pagi lagi, dan mula pindah pada jam 12.05 tengahari.


Wednesday, July 22, 2009

HARI TERAKHIR TOK SAGOR 09 MERIAH


Hari terakhir Perkampungan Tok Sagor dihiasi dengan Diskusi Kitab oleh Us Rohimuddin, Dialog tentang Prosedur Perkahwinan di Malaysia bersama wakil MAIAMPk, acara tebar roti canai teh tarik dan sebagainya. Pada malam harinya, Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Ustaz Khalil bin Yahaya selaku anggota Badan Penasihat.



ACARA PADANG TOK SAGOR 09


Acara padang bagi ikhwah diadakan pada hari kedua. Manakala akhawat diadakan pada hari ketiga. Antara aktiviti menarik bagi ikhwah ialah, bolasepak, sukaneka, tarik tali dan sebagainya. Manakala bagi akhwat pula ialah bola jaring, sukaneka dan lain-lain


ACARA DEWAN TOK SAGOR 09


Acara dewan yang diadakan pada hari ketiga dan keempat iaitu pada 19 dan 20 Julai, bagi ikhwah dan hari kedua bagi akhawat. Antara aktiviti menarik bagi ikhwah ialah Tebar Roti Canai, Teh Tarik, Dakwah Kreatif, Sajak dan sebagainya. Manakala bagi akhawa pula ialah, pertandingan diskusi kitab, slide show, dakwah kreatif dan sebagainya.


Tuesday, July 21, 2009

BENGKEL NASYID BERSAMA AL WADI, BAZLI UNIC DAN ZULFAN - 16 JULAI


Bengkel Nasyid yang diadakan bersama gabungan al Wadi, Bazli UNIC dan Zulfan. Diadakan pada 16 Julai 2009 lalu di Rumah Perak Sementara. Antara slot yang disampaikan ialah beberapa kaedah suara, dan seni nasyid telah disampaikan oleh keempat-empat orang artis ini.



Monday, July 13, 2009

KENANGAN JAULAH MAQAM USMB 2008/2009


Jaulah Maqam yang diadakan sempena Program Unit Sambutan Mahasiswa Baru 2008/2009. Jaulah Maqam ini diadakan bertujuan memperlihatkan keagungan ulama'-ulama' yang telah bersusahpayah untuk memperjuangkan Islam di satu ketika dahulu. Kawasan jaulah sekira Jabal Muqattam, Husein, Sayyidah Aisyah dan sebagainya.


SAMBUTAN DAN PENGAGIHAN MAHASISWA BARU 2008/2009



Unit Sambutan Mahasiswa Baru sesi 08/09, telah menyambut ketibaan mahasiswa baru yang akan menuntut di bumi Mesir. Rombongan turut diiringi oleh beberapa wakil Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMPk). Proses sambutan ini berlangsung sehinggalah mereka diagihkan ke muhafazah.

Friday, July 10, 2009

MALAM SIMFONI KASIH 08 DALAM KENANGAN



Malam Simfoni Kasih '08 yang diadakan sempena malam terakhir mahasiswa baru sesi 08/09 akan diagihkan ke cawangan-cawangan. Ia berkonsepkan ukhuwah dan persahabatan. Semoga dengan program ini dapat mengikat hati-hati kami.


TALK SHOW MUZAKARAH BERKELOMPOK GABUNGAN - 9 JULAI


Muzakarah Berkelompok Gabungan yang diadakan pada 9 dan 10 Julai. Ia dimulakan dengan Majlis Wada' dan disusuli pula dengan Talk Show yang bertajuk "Relevenkah Dakwah Masa Kini?". Program disudahi dengan qiamullail pada keesokan harinya.


Thursday, July 9, 2009

ALBUM KEMAS '09 - 27 HINGGA 29 JUN


KEMAS '09 yang dijayakan pada 27 Jun sehingga 29 Jun 2009. Sebuah program rehlah ke Matruh dan Siwa, yang dianjurkan bersama oleh Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir dan Dewan Perwakilan Mahasiswa Syibin. Semoga dengan program ini dapat memperlihatkan kebesaran Allah SWT dan mengikat ukhuwah sesama peserta.

Saturday, June 27, 2009

BENGKEL PROTOKOL MAJLIS - 25 JUN


Bengkel Protokol Majlis anjuran Unit Latihan dan Kepimpinan Islam (ULK), di bawah nama Program Pemantapan DUAT (PEMANDU), Biro Dakwah dan Tarbiah. Diadakan pada 25 Jun 2009 di Rumah Perak Sementara.

Wednesday, June 24, 2009

WAJAH TIGA CAHAYA MATA KPIPM

Ketiga-tiga cahaya mata KPIPM. Seorang dilahirkan di Kaherah, dan dua lagi di Iskandariah. Semoga mereka bertiga menjadi pewaris agama Allah SWT, dan menjadi pejuang ilmu.

ZIARAH US HALIM - 2 JANUARI

Sempena cahaya mata bagi Us Halim. Ziarah pada 2 Januari, pada Hari Jumaat di rumah beliau. KPIPM mengucapkan tahniah kepada beliau atas anugerah tersebut

MAJLIS TAHNIK AFFAF BINTI MOHD KHAIRI -17 JUN

Majlis Tahnik Affaf binti Mohd Khairi yang berlansung pada 17 Jun, di rumahnya, secara kecil-kecilan. Majlis bermula pada jam 10.40 dan dihadiri seramai 18 orang. Ia berakhir tengahari itu.

Tuesday, June 23, 2009

RABI' CAMP DAN KPIPM CUP - 20 DAN 21 MAC 09

Rabi' Camp 09 adalah program Separa Mega yang melibatkan ikhwah sahaja. Ia digabungkan dengan Piala KPIPM. Program ini diadakan di Mukhayyam Daim pada 20 dan 21 Mac

MESEJ '09

MESEJ '09 adalah program gabungan di antara Jaulah AJKT dan Muhasabah Separuh Penggal. Pada tahun ini, ia diadakan pada 15-19 Mac. Alhamdulillah, program ini mendapat sambutan di beberapa cawangan.

Monday, June 22, 2009

LATIHAN DUAT 23 MAC DAN BENGKEL DUAT 29 MAC

DUAT adalah unit di bawah Biro Dakwah dan Tarbiah, yang bertindak sebagai pelatih dan pengkaderan ahli. Antara gerak kerja yang telah dibuat ialah Latihan Forum yang diadakan pada 23 Mac. Kemudian disusuli dengan Bengkal pada 29 Mac.

RAMAH MESRA BERSAMA TAN SRI AZIZUDDIN